Friday, July 17, 2009
Petua.Petua..Petua
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Thursday, May 21, 2009
Dapatkan bentuk tubuh menarik ...
Tip Senaman
Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.
Antara gerakan senaman itu ialah:
1. Turun naik tangga – elak guna lif di tempat kerja.
2. Lebihkan berjalan – Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.
3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell – simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.
Sumber : anizyn.wordpress.com/2008/02/20/senaman-ringkas-di-rumah/
Thursday, April 23, 2009
Bersenam baik untuk jantung..

Semua orang sedar betapa pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan jantung tetapi tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang manfaatnya. Berikut adalah beberapa faedah bersenam untuk jantung:
- Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan
- Mengawal berat badan
- Memperbaiki tahap kolesterol darah
- Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi
- Meningkatkan tenaga
- Membantu mengurangkan tekanan
- Mengurangkan ketegangan
- Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat
- Memupuk amalan yang menyihatkan jantung di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan masalah yang menyebabkan sakit jantung dan strok (kegemukan, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, amalan gaya hidup kurang baik dan sebagainya) apabila usia lanjut
- Di kalangan orang yang lebih tua, ia membantu mencegah atau mengelakkan penyakit kronik dan penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan dan mengekalkan kualiti kehidupan dan kemampuan untuk berdikari.
Arus pemodenan telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa. Pernahkah anda tertanya mengapa moyang dan datuk nenek kita hidup lebih lama daripada anak-anak kita hari ini.
Puncanya mungkin sikap pemalas dan kurang melakukan kegiatan fizikal. Sudah tiba masanya kita menjaga kesihatan jantung dengan bersenam hari ini!
Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:
- Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan. Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolaholah ada sesuatu yang mencekik.
- Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
- Sukar bernafas seolaholah ada sesuatu yang menikam pada dada
- Pedih perut iaitu seperti ada agin atau menghidap gastrik.
- Kepala berpusing
- Badan lemah serta berpeluh sejuk.
Cara-cara untuk mengurangkan risiko
Oleh kerana penyakit jantung rata-ratanya berkait rapat dengan cara dan gaya hidup, langkah yang paling sesuai adalah untuk mengubahnya.
- Perokok mesti berhenti daripada meneruskan tabiat yang tidak berfaedah itu. Berat badan mesti dikawal supaya tidak berlebihan.
- Pemakanan sepatutnya bercirikan kesihatan iaitu yang kurang lemak, kurang manis, kurang masin dan berpatutan dari segi sukatannya.
- Pesakit yang menghidap kencing manis semestinya perlu mengikut nasihat doktor, dan mengamalkan pemakanan yang tidak berasaskan gula atau karbohidrat yang terlalu tinggi.
- Bersenam memang sudah diketahui akan menyihatkan badan, apatah lagi menjauhi seseorang dari gejala penyakit jantung koronari.
Sememangnya seseorang itu tidak dapat mengubah nasib keluarga yang berisiko tinggi ataupun genetik atau keturunan penghidap penyakit ini tetapi amalan cara hidup sihat telah terbukti dapat menjauhi kita dari gejala-gejala penyakit yang amat berbahaya ini.
Friday, April 3, 2009
Petua Langsing
Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
mari..mari..mencuba petua ni..petua dari nenek moyang kite..
huhuhu..petua ni boleh memecah lemak dalam badan..so mari la kita lakukan bersama-sama =)
Saturday, March 21, 2009
Diet Rendah Karbohidrat Lebih Efektif Kurangi Berat Badan
Setelah melakukan diet rendah karbohidrat selama 12 minggu, para responden berhasil menurunkan bobot tubuhnya sebanyak 4,9 kilogram, sedangkan mereka yang menjalankan diet rendah lemak hanya turun 2,5 kg. Kemudian program menjaga berat badan tersebut dilanjutkan hingga 24 minggu. Namun tidak didapatkan adanya perbedaan yang signifikan antara kedua kelompok diet tersebut.
Meski begitu, menurut Dr.Kevin C.Maki, salah seorang tim peneliti, diet rendah karbohidrat tetap lebih efektif untuk mengurangi lemak dan mengontrol berat badan.Maki dan timnya meminta para responden untuk mengurangi kadar glycemic dengan cara mengurangi asupan karbohidrat dan banyak mengonsumsi makanan yang indeks glycemic-nya rendah, yakni makanan yang mengandung serat seperti sayuran, kacang dan gandum.
Selama dua minggu pertama para responden diminta tidak mengonsumsi makanan yang memiliki kadar karbohidrat tinggi seperti buah dan makanan yang memiliki zat tepung. Mereka juga diminta menghindari alkhol, tetapi mereka diijinkan untuk makan sebanyak yang dikehendaki.
Sebaliknya responden dalam kelompok diet rendah lemak hanya diijinkan mengonsumsi 500 - 800 kalori per hari, menghindari makanan berlemak dan mengontrol porsi makanannya.Setelah 12 minggu, para responden dari kelompok diet rendah karbohidrat mengalami penurunan berat yang signifikan dibanding dengan kelompok diet rendah lemak.
Setelah 36 minggu, kelompok rendah karbohidrat beratnya berkurang 4,5 kg, sedang kelompok diet lemak berkurang 2,6 kg, tidak terlihat perbedaan mencolok.Studi lanjutan masih akan dilakukan oleh tim peneliti untuk memastikan apakah mekanisme penurunan tubuh terkait dengan asupan karbohidrat. Selain itu masih dicari pula strategi yang paling tepat untuk mengontrol berat badan dalam jangka panjang.
Sumber:kompas.co.id
Friday, March 13, 2009
KURUS VS GEMUK
kenapa perlu nak banding2 kan org gemuk dengan org kurus?? masing2 ada kelebihan mereka, x semestinya org kurus ni cntik..bg sy, sy ske pd mereka-mereka yg comel, kenapa?? bkn kerana sy pon tergolongong dlm golongan ini tetapi kerana mereka sentiasa gembira, peramah, x over, myb kerana sifat rendah diri yg ada pd mereka..
tp knape mereka2 yg comel ni slu kne perli2..cth ayt2 yg diberikan kpd mereka ni adalah seperti berikut :
- " xnak keluar mkn ke?? diet ek?? "
- " lari bajet aku nak blanje ko, mkn mst byk pye"
- " 2 la ko, kurus sket bdn 2, baru ade org nak.."
kadang-kadang mereka yg berbadan comel slu menjadi bahan gurauan rakan-rakan..bajet lawak la 2..terkne pd dri sdri tahu la..huhuhu..majority berase bangga bila dilabelkan sebagai kurus..yla kurus ni senang nak cari baju, boleh peraga kan semua jenis pakaian .. walhal, perkara ini semua tidak penting, kepada mereka-mereka yg berasa diri itu comel, x perlu la bersedih, Allah telah menjadikan manusia sebaik-baik cipta-Nya, kecantikan tidak terletak pada bentuk badan, kecantikan adalah universal, pandangan seseorang juga berlainan .. ada diantara kita suka gemuk dan ada juga yg suka kurus.
kesimpulannya, jgn pk pe pandangan org terhadap kita, myb apa yg org gemuk ade xada pd org yg kurus. saiz badan x penting, yg penting sape syg kita dan mereka terima kita seadanya...
p/s : nak kurus boleh, tp jgn smpai menyeksa badan...jd renung-renungkan..hohohohohoThursday, March 12, 2009
Tahukah anda..???

Minum jus secara teratur ternyata dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang ringan. Berikut beberapa jenis buah yang dapat dinikmati sebagai jus yang menyihatkan badan:
1. Aprikot -Buah ini banyak mengandung protein dan vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, dan C.Buah bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari. Apalagi aprikot tidak mengandung kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab.
2. Epal - Buah epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium dan kalsium. Epal juga mengandung vitamin A, B, dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh. Sisa hampas jus (sari) epal dapat digunakan untuk meneutralkan lemak pada wajah.
3. Limau - Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Ia dapat membantu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.
4. Timun - Sayuran ini enak dimakan mentah serta menyihatkan. Hirisan timun ditempelkan ke mata setiap tiga minit selama 20 minit pada kelopak mata untuk mengatasi mata yang sering letih dan mengantuk. Jus timun merupakan salah satu diuresis terbaik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi.