KLIK UNTUK SEDEKAH..HEHE

Thursday, September 10, 2009

Stress bila bekerja...

kerja aku perlukan kesabaran..dah la pnt nak lyn dak2 gne lab computer..blh plak ktuk2 aku dlm blog die..sat g x bg msuk taw la..dah ko wat bde aku xske..tntu la aku mrh..sabar jela..

10 perkara yg blh wat aku ilang stress..

  • solat
  • dgr lagu kuat2..
  • menjerit..
  • chat with kwn2 yg ku syg..
  • g jln2 nengok gelagat org...
  • mkn byk2...smpai lpe nak diet..lalalalala..
  • borak2..sampai lpe dri..ahahhaa..
  • bace blog yg leh wat aku glak..
  • nak tampar sape2 yg skit kan ati aku...
  • lastly..tido..ehehhee adalah perkara yg plg nikmat...
tgu la dak 2 mtk maap ngn aku..dah la nk spm..lau xde aku..xde la ko nk wat blog 2..sedar dri ok..ehehhe..

Friday, July 17, 2009

Petua.Petua..Petua

Menurunkan Berat Badan
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Thursday, May 21, 2009

Dapatkan bentuk tubuh menarik ...


Tip Senaman

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Antara gerakan senaman itu ialah:

1. Turun naik tangga – elak guna lif di tempat kerja.

2. Lebihkan berjalan – Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.

3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell – simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.

Sumber : anizyn.wordpress.com/2008/02/20/senaman-ringkas-di-rumah/

Thursday, April 23, 2009

Bersenam baik untuk jantung..


Semua orang sedar betapa pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan jantung tetapi tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang manfaatnya. Berikut adalah beberapa faedah bersenam untuk jantung:

  • Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan
  • Mengawal berat badan
  • Memperbaiki tahap kolesterol darah
  • Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan tenaga
  • Membantu mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan ketegangan
  • Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat
  • Memupuk amalan yang menyihatkan jantung di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan masalah yang menyebabkan sakit jantung dan strok (kegemukan, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, amalan gaya hidup kurang baik dan sebagainya) apabila usia lanjut
  • Di kalangan orang yang lebih tua, ia membantu mencegah atau mengelakkan penyakit kronik dan penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan dan mengekalkan kualiti kehidupan dan kemampuan untuk berdikari.

Arus pemodenan telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa. Pernahkah anda tertanya mengapa moyang dan datuk nenek kita hidup lebih lama daripada anak-anak kita hari ini.

Puncanya mungkin sikap pemalas dan kurang melakukan kegiatan fizikal. Sudah tiba masanya kita menjaga kesihatan jantung dengan bersenam hari ini!

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

  • Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan. Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolaholah ada sesuatu yang mencekik.
  • Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
  • Sukar bernafas seolaholah ada sesuatu yang menikam pada dada
  • Pedih perut iaitu seperti ada agin atau menghidap gastrik.
  • Kepala berpusing
  • Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Cara-cara untuk mengurangkan risiko

Oleh kerana penyakit jantung rata-ratanya berkait rapat dengan cara dan gaya hidup, langkah yang paling sesuai adalah untuk mengubahnya.

  • Perokok mesti berhenti daripada meneruskan tabiat yang tidak berfaedah itu. Berat badan mesti dikawal supaya tidak berlebihan.
  • Pemakanan sepatutnya bercirikan kesihatan iaitu yang kurang lemak, kurang manis, kurang masin dan berpatutan dari segi sukatannya.
  • Pesakit yang menghidap kencing manis semestinya perlu mengikut nasihat doktor, dan mengamalkan pemakanan yang tidak berasaskan gula atau karbohidrat yang terlalu tinggi.
  • Bersenam memang sudah diketahui akan menyihatkan badan, apatah lagi menjauhi seseorang dari gejala penyakit jantung koronari.

Sememangnya seseorang itu tidak dapat mengubah nasib keluarga yang berisiko tinggi ataupun genetik atau keturunan penghidap penyakit ini tetapi amalan cara hidup sihat telah terbukti dapat menjauhi kita dari gejala-gejala penyakit yang amat berbahaya ini.


Sumber : Utusan

Friday, April 3, 2009

Petua Langsing

Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


mari..mari..mencuba petua ni..petua dari nenek moyang kite..
huhuhu..petua ni boleh memecah lemak dalam badan..so mari la kita lakukan bersama-sama =)

Saturday, March 21, 2009

Diet Rendah Karbohidrat Lebih Efektif Kurangi Berat Badan

Dalam studi termutakhir terhadap orang gemuk dan obesitas, diketahui mereka yang menjalankan diet rendah karbohidrat lebih cepat menurunkan berat badannya dibanding dengan mereka yang melakukan diet rendah lemak.

Setelah melakukan diet rendah karbohidrat selama 12 minggu, para responden berhasil menurunkan bobot tubuhnya sebanyak 4,9 kilogram, sedangkan mereka yang menjalankan diet rendah lemak hanya turun 2,5 kg. Kemudian program menjaga berat badan tersebut dilanjutkan hingga 24 minggu. Namun tidak didapatkan adanya perbedaan yang signifikan antara kedua kelompok diet tersebut.

Meski begitu, menurut Dr.Kevin C.Maki, salah seorang tim peneliti, diet rendah karbohidrat tetap lebih efektif untuk mengurangi lemak dan mengontrol berat badan.Maki dan timnya meminta para responden untuk mengurangi kadar glycemic dengan cara mengurangi asupan karbohidrat dan banyak mengonsumsi makanan yang indeks glycemic-nya rendah, yakni makanan yang mengandung serat seperti sayuran, kacang dan gandum.

Selama dua minggu pertama para responden diminta tidak mengonsumsi makanan yang memiliki kadar karbohidrat tinggi seperti buah dan makanan yang memiliki zat tepung. Mereka juga diminta menghindari alkhol, tetapi mereka diijinkan untuk makan sebanyak yang dikehendaki.

Sebaliknya responden dalam kelompok diet rendah lemak hanya diijinkan mengonsumsi 500 - 800 kalori per hari, menghindari makanan berlemak dan mengontrol porsi makanannya.Setelah 12 minggu, para responden dari kelompok diet rendah karbohidrat mengalami penurunan berat yang signifikan dibanding dengan kelompok diet rendah lemak.

Setelah 36 minggu, kelompok rendah karbohidrat beratnya berkurang 4,5 kg, sedang kelompok diet lemak berkurang 2,6 kg, tidak terlihat perbedaan mencolok.Studi lanjutan masih akan dilakukan oleh tim peneliti untuk memastikan apakah mekanisme penurunan tubuh terkait dengan asupan karbohidrat. Selain itu masih dicari pula strategi yang paling tepat untuk mengontrol berat badan dalam jangka panjang.

Sumber:kompas.co.id

Friday, March 13, 2009

KURUS VS GEMUK

Assalamualaikum..sering kali sy dengar "ala..aku dah gemuk"..."erm..bju da ketat"..." xmo mkn, nak diet, biar org pndag cantik"..hal ni juga terjadi kepada sy..huhuhu mmg pon sy ni gmuk..gmuk kerana ape?? happy or mmg mkn itu hobby??? tp sy ni mmg dikeliling oleh mereka-mereka yg gemar mkn dan mgkin juga disebabkan fmly-fmly ku yg cumel2 belaka..

kenapa perlu nak banding2 kan org gemuk dengan org kurus?? masing2 ada kelebihan mereka, x semestinya org kurus ni cntik..bg sy, sy ske pd mereka-mereka yg comel, kenapa?? bkn kerana sy pon tergolongong dlm golongan ini tetapi kerana mereka sentiasa gembira, peramah, x over, myb kerana sifat rendah diri yg ada pd mereka..
tp knape mereka2 yg comel ni slu kne perli2..cth ayt2 yg diberikan kpd mereka ni adalah seperti berikut :

  1. " xnak keluar mkn ke?? diet ek?? "
  2. " lari bajet aku nak blanje ko, mkn mst byk pye"
  3. " 2 la ko, kurus sket bdn 2, baru ade org nak.."

kadang-kadang mereka yg berbadan comel slu menjadi bahan gurauan rakan-rakan..bajet lawak la 2..terkne pd dri sdri tahu la..huhuhu..majority berase bangga bila dilabelkan sebagai kurus..yla kurus ni senang nak cari baju, boleh peraga kan semua jenis pakaian .. walhal, perkara ini semua tidak penting, kepada mereka-mereka yg berasa diri itu comel, x perlu la bersedih, Allah telah menjadikan manusia sebaik-baik cipta-Nya, kecantikan tidak terletak pada bentuk badan, kecantikan adalah universal, pandangan seseorang juga berlainan .. ada diantara kita suka gemuk dan ada juga yg suka kurus.

kesimpulannya, jgn pk pe pandangan org terhadap kita, myb apa yg org gemuk ade xada pd org yg kurus. saiz badan x penting, yg penting sape syg kita dan mereka terima kita seadanya...

p/s : nak kurus boleh, tp jgn smpai menyeksa badan...jd renung-renungkan..hohohohoho

Thursday, March 12, 2009

Tahukah anda..???



Minum jus secara teratur ternyata dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang ringan. Berikut beberapa jenis buah yang dapat dinikmati sebagai jus yang menyihatkan badan:


1. Aprikot -Buah ini banyak mengandung protein dan vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, dan C.Buah bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari. Apalagi aprikot tidak mengandung kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab.
2. Epal - Buah epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium dan kalsium. Epal juga mengandung vitamin A, B, dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh. Sisa hampas jus (sari) epal dapat digunakan untuk meneutralkan lemak pada wajah.
3. Limau - Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Ia dapat membantu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.
4. Timun - Sayuran ini enak dimakan mentah serta menyihatkan. Hirisan timun ditempelkan ke mata setiap tiga minit selama 20 minit pada kelopak mata untuk mengatasi mata yang sering letih dan mengantuk. Jus timun merupakan salah satu diuresis terbaik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi.


Wednesday, March 11, 2009

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG


Jgn tergode ngn mknan seperti diatas..hohohoho..dging berdouble2, then lemak kat bdan korang pon akn jd berdouble, ble dah kyg, bru nyesal..so hati2 dlm memilih mknn..

---------------------------------------------------------
Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.


KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

· Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
· Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

Scan PIRAMID MAKANAN

Lemak, Minyak dan Gula

Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Scan Gambar Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)

Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang.

Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana

Scan gambar Makanan membina badan (protein)

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

Scan gambar Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)

Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi

Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak.

LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.


10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

1 Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
· Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

· 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein

· Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.

· Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula

· Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok

· Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol

· Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

· Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

· Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

· Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

3 hari diet..

buah-buahan yg baik untuk kesihatn & juga menu utama dlm diet, mkn buah gerenti kyg perut 2..hohoho, x caye?? bley cube..

-----------------------------------------------------------


seringkali kita dengar tentang diet..diet...& diet..semua org mengimpikan bentuk badan yg cantik dan menawan dan perkara ini lebih terarah kepada golongan wanita..kenapa perlu berdiet?? adakah hanya untuk kelihatan cantik semata-mata?

ble dah diet..semua yg kite mkn tu berkhasiat ke?? dan kerana nak terlalu cepat kurus mereka yg berdiet ni jd takut tuk mkn, fobia ke?? so jd disini, topic kite adalah menu diet yg seimbang tuk orang yg hendak berdiet..diet ni hnya dijalankan tuk 3 hari sahaja..pelik kan?? pas 3 hari blh la mkn, tp jgn la smpai melantak plak kan..kawal2 mkn 2..then untuk mgu dpn nye plak, smbg blik diet 3 hari 2..insya-Allah, diet kita akan jd seimbang, kesihatan pn x terjejas..marilah kita mencuba diet ini bersama-sama..

3 Hari berdiet...

HARI PERTAMA
Sarapan


  • Kopi kosong atau teh

  • 1/2 limau atau jus

  • 1 keping roti bakar dengan 1 mentega kacang sudu besar

Makan Tengah Hari



  • 1/2 tuna cawan

  • 1 keping roti bakar dengan 1 mentega kacang sudu besar

  • Kopi kosong atau teh

Makan Malam ( seelok-eloknya sebelum pukul 7ptg)



  • 3 auns mana-mana daging pejal atau ayam

  • 1 karot

  • 1biji epal

  • 1 cawan ais krim vanila

HARI KEDUA


Sarapan



  • Kopi kosong atau teh

  • 1 biji telur rebus separuh masak

  • 1 biji pisang

  • 1 keping roti bakar

Makan Tengah Hari



  • 1 mangkuk mihun sup

  • 1 gelas air limau suam / air barli / air orange

Makan Malam



  • 1 cawan brokoli atau kubis

  • 1/2 cawan karot

  • 1 biji pisang

  • 1/2 penekup aiskrim vanilla

HARI KETIGA


Sarapan



  • Kopi kosong atau teh

  • 1 biji epal

  • Roti bakar sekeping

Makan Tengah Hari



  • 1 mangkuk mihun sup

  • 1 gelas air limau suam / air barli / air orange

Makan Malam



  • 1 cawantuna

  • 1 cawan karot

  • 1 cawan bunga kubis

  • 1 cawan tembikai

* minum 8 gelas ar kosong setiap hari untuk mengelakkan perut kepalaran..huhuhu


*jgn mkn mlm..lau lapar gak, mkn je buah-buahan...


*elak kan mkn mkanan yg berminyak,bergoreng, berlemak ok..


menu2 diatas adalah menu mngikut selera sy sndri, klu u all nk ikut selera msg2 pon boley, xde hal la, tp pastikan ianya permakanan yg seimbang..untuk lebih info klik ke page ini http://www.webmd.com/diet/features/the-3-day-diet


ok..cayok2..mari la kita berdiet bersama-sama..sy pon nk diet..huhuhuhu




Wednesday, February 11, 2009

Today...

erm...
ari ni kat opis agak busan skit la..
huhuhu..npe??
sbb sume keje aku da settle..
ari ni aku just wat pamphlet for IM Aura perfume..
xde la cntik sgt kan..
so korang2 xyah la puji2..
kikikiki...
aku rase cam nk join jek niage perfume ni..
tp 2 la..
aku xreti sgt kan nk niage..
camne ek??
plzz ajr aku..
niage kne buangkan sifat mlu kot..
ahahahha..
mlu la sgt kan..
bkn pe..
ble tgk org jual perfume ni aku pon cam tertarik ati..
cam bezz jek..

ble aku da terlalu free..
aku pon dengan bek atinye membantu la abg kat opis aku ni..
Hatta nme nye..
mencari pakej utk perkawinan eh..
da nk kwin da die 2..
bln 7 ni..
sempne beday nye la..
huhuhu..
aku pon mberi idea2 yg sedikit bernas juga la..
cam de pglmn jek kan..
ahahhaa..
tp aku lau bab nk bg idea2 ni..
ske benar da..
cam aku lak yg wat mjlis 2 kan..kan..
sambil2 2 aku pon blja la care2 utk persediaan mjlis..
jeng2..
prpare ma..
ne la taw pasni turn aku lak..
kikikiki


yea..ni la pamphlet nye..tnks 2 everyone yg bg idea..ahahhaha...smbil2 2 leh la aku promote kan..kan..spe2 nk beli or nk taw info..just email kan jek kat aku..wink2 bg saprt sket..

Tuesday, February 10, 2009

akhirnye.....


senyuman yg x iklas dr aku .... aku berposing apabila boss aku xde, ahakzz...xkan nk posing dpn dorang lak kan..kan...

Salam...
weeeeeeeeeeeeee...~~~
akhirnye aku berjaya utk wat blog aku ni..
ahahahha..
pd mulenye...
aku mmg mls nk wt..
tp...
erm..myb aku da terlalu byk mase kot tuk wat blog ni..
aku juga akn try untuk menceriakan blog aku ni dgn kisah2 hidup aku...
myb dgn cre ni..
dpt luahkan perasaan..
huhuhu..
aku xske sgt nk tulis2 ni..
karangan aku pon kurang bgs la..
then kpd korang2 yg bace ni..
dont ever2 comment my writting..
ahakzz..
ok..
for this tonight, xbyk sgt aku nk cerite kan..
lgpon...
xbyk yg terjadi hari ini...
ok nite...